jgn komen pic superhero akuu..

Monday, February 14, 2011

Dia Yang Sempurna..Ingin Ku Bersamamu Kelak..

Assalamualaikum readers..


layan blog jap..ku mau pi pekan ambil ic yg dah renew..patot tgal 3 aritu ambill..tpi asyik d tangguh2,..haha..k laha..hari ni 14 feb,,insyaALLAH esok 15 feb bersamaan 12 rabiul awal 1432 h..hari kelahiran seorang pemimpin agung,icon terulung,,,pemimpin seluruh alam...kekasih ALLAH..kekasih kita semua..dialah baginda Rasulullah Muhammad s.a.w....


insyALLAH akn byk lah sambutan yg akan diadakan di seluruh masjid seluruh negara..apa yang aku harapkan sambutan nnti bukan lah sekadar sambutan 'memerah keringat' , 'membuang liur'...huhu...sekadar sambutan sehari..dan keesokan harinya hilang mcm 2 jak..


aku harap semua sahabat dan sahabiaah muslim kita ambil pengajaran dari sejarah hidup rasullulah...okei..mebi kita x mampu sesempurna baginda disisi ALLAH kan,mmg x kan mampu..,tpi at least kita berusaha kearah itu..ok :)


aku ada jumpa cerita ni dkt internet..layan lah oke..baca lah..kejap jak pun...hehe


.......Seorang hamba allah bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.........

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.



moral nya :


* Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah.
* Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti .
* Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
* Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
* Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
* Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

okei..harap ada manfaat utk anda semua...okaei..aku mau gi pekan dah...cau...salam..









LOVE RASULULLAH :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...