jgn komen pic superhero akuu..

Monday, January 31, 2011

Dislexia!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Aku nonton 1 rncgn drama kat astro tdi..tajuk dia Disleksia…budak tuh ada disleksia.xboleh mmbaca,,otak agak lambat sikit…aku puji budak tuh,,tabik spring!!!! Pandai bawa watak..jln crita tuh mmg byk pgajaran leh kita ambil khususnya tuk mak bpa yg ada ank mcm tuh..( biasala,,drama melayu)…haha…sume pasal nlai2 murni..tulah kdg2 org kita mls nonton filem local..action kurang loh!!!......
 



K,,berbalik sal disleksia aku ada sikit info lah untuk dikongsi :

  • ·         Disleksia bukan penyakitt, tapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
  • ·         Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan
  • ·         Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
  • ·         Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
  • ·          Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
  •  
Ni contoh ciri2 penghidap lak..

  •  Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk 
  • Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan 
  • Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'. 
  •  Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. 
  •    Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. 
  •       Sering berlaku di kalangan lelaki. 
disleksia ni unik sbnrnya..tulah tamai org ada disleksia tpi berjaya..aku mls nak cari info dah..korang cari sendiri sal diorang ni...k
                             encem2 tom cruise ni,,ada disleksia jugak ni tym kecil..skrg,,WOW!!!!!


                      Leonardo Da Vinci...sapa sangka mOna Lisa hot tuh dilukis olh seorang
                                                             penghidap disleksia..peh...



                 Einstein..yahudi..aku x suka dia ni..Physic mmg aku x suka..tpi contribution
                    nya ni bukan alang2.. E=mc2 theory seorang disleksia....subhanallah!!!



klah..aku ngtok dah...harap2 adalah yg korang dapt dri entry ni k..

salam ukhwah..jom tdo..Zzzzzzzzzzz

1 comment:

  1. adui..pesal read more aku jauh sgt ni..x jdi..boleh sepa2 tolong..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...