jgn komen pic superhero akuu..

Friday, August 5, 2011

MIMPI a.k.a DREAM

astaghfirullah al azim................

slepas sahur dan solat subuh pagi tdi..aku try on9..tpi line lembap sekali lgi..

so aku melentangkan diri atas katil dan terus tdo..

AKU MIMPI BURUK!!!!!!!!!!!! mimpi yg xpernah2 aku alami sebelum ni..mimpi yg aku x pernah terfikir pun akn datang dlm benak otak aku bila aku tdo..

xperlu la aku gtau apa mimpi tu....takut...rasa nak menangis lak..


juz kali ni aku nak share artikel pasal mimpi dari satu blog ni...

 

Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, 
“Adakah terdapat salah seorang dari  kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.” 
                                                                                                                  Riwayat Muslim.
 Apa itu mimpi? 

Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. 

 Apakah  jenis mimpi? 

Mimpi mempunyai  3 jenis: 
1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada  perkara lain sama ada 
yang akan datang ataupun yang sudah berlalu. 
  
2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga 
terbawa-bawa di dalam tidur. 
3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau 
menyedihkannya. 

Apa dalilnya? 

Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis: 
1) Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
2) Mimpi menyedihkan daripada syaitan. 
3) Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.” 
Riwayat Syaikhani 

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa? 

Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk 
datang dari syaitan. 

Bilakah waktu  yang paling benar mimpinya? 

Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari 
Allah dan diamnya syaitan. 
Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir 
matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur). 

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare? 

Semuanya adalah angkara gangguan syaitan. 
Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk 
menyebabkan anak Adam  menjadi sedih.” 

Siapakah yang mimpinya paling benar? 

1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka. 
2. Orang soleh: Selalunya benar. 
3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya. 
Mimpi mu’min lebih benar dari kafir. 
Mimpi alim lebih benar dari si jahil. 
Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda. 
Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka. 
Keadaan dan sifat mereka!!! 

Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar? 

1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah. 
2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk 
mentafsirnya. 
3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi 
anda. 

Apakah adab jika bermimpi buruk? 

1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan 
mimpi itu. 
2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali. 
3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk  menghalau dan menghina syaitan 
yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana 
menggambarkan kesungguhan…. 
4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi 
bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalam mimpi. WAllahu 
a’lam!! 
5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah. 
6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai. 
7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya. 

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi? 

Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat 
dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan 
nabi SAW! 

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya? 

Haram dan berdosa.  

Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar? 
1. Jangan melambatkan tidur selepas solat Isyak. 
  
2. Berusaha untuk tidur dalam keadaan wuduk. 
3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan. 
4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sekadarnya sambil menunggu waktu tertidur. 
a. Antaranya: Tadah tangan dalam keadaan duduk dan baca 3 Qul. Tiup di 
tangan sehingga habis nafas dan sapukan di seluruh badan. Mula dengan 
kepala, muka dan seluruh  tubuh. Sapu tiga kali.

p\s : banyak lagi info sal mimpi ni..tpi aku x larat nak copy n paste semua...hu

1 comment:

  1. jgn fikir bukan2.. istighfar byk2.. jgn sedih2 ye kat sna.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...